Denai Cinta

deNai Cinta

SEBUAH KARYA PEMBANGUN JIWA

Menutup Tirai 2020

Bismillāhirrahmānirrahīm.

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Ilahi kerana salah satu azam yang ingin saya penuhi pada tahun 2020 dapat dicapai juga akhirnya – Denai Cinta – buah tangan yang kedua selepas Noktah Terjahit. Menggabungkan elemen fiksyen dan bukan fiksyen, saya berharap mesej dari Denai Cinta dapat dikongsi dengan lebih ramai pembaca. Karya kali ini diterbitkan dalam format Ebook bagi meluaskan lagi capaian tanpa batasan geografi inshaAllah. Semoga usaha ini mendapat keredhaan Allah SWT, amiin. Nantikan makluman tentang peluncuran  Denai Cinta! 

Nik Nur Madihah, 31 Disember 2020


beli di sini

222

HALAMAN

2

EPISOD

4

TELADAN

20

BAB

Denai Cinta

Rakaman perjalanan insan yang sering berbolak-balik hati dan perasaan, bertelagah fikiran dan kepercayaan dalam mencari kedamaian di sebalik kedewasaan yang menjerut.  Lalu cinta muncul menyelamatkan; memerikan kisah empat orang wanita teladan untuk mengeluarkan insan dari kusut kemelut.


LIHAT TEASER

Di denai yang terasing, ia membawa diri – tertegun tanpa sempat memahami banyak realiti yang perlu dijalani. Namun perjalanan tetap dilanjutkan, demi hidup yang masih belum mampu dimengerti.

Ada rasa usang, kesendirian yang tak mampu dijelaskan. Sepi, sunyi, kosong, menatap denai yang semakin tidak dikenali. Jiwa itu mencari, menggelintar kalimat untuk memuntahkan elegi bagi membebaskan kebisuan yang menyelimuti diri.

Menyurih Realiti, Denai Cinta

“Kau tahu, aku manusia penyimpan. Manusia penyimpan persis aku, kami ada sesuatu yang kami pegang. Erat-erat. Dan sesuatu itu beri kami kekuatan untuk terus ke depan.”