denai cinta; harapan di sebalik.
Denai Cinta adalah bicara tentang cinta, namun ia bukan novel cinta. Barangkali tajuknya boleh membuat orang menyangka ia sebuah kisah cinta Romeo dan Juliet. Tidak. Jauh sekali.
Denai Cinta juga bukan buku motivasi. Berbeza daripada buku Noktah Terjahit yang lebih kepada kumpulan refleksi yang saya mahu kongsikan bersama para pembaca lewat perjalanan singkat melalui pengalaman-pengalaman hidup yang masih baru (ketika itu).
Adapun Denai Cinta, adalah satu gabungan fiksyen dan bukan fiksyen, puisi dan prosa, curhat dan nasihat. Semuanya cuba diramukan dengan hati-hati agar ia dapat menyampaikan makna yang melekat.
Ia sebuah karya yang mahu menyelam ke dasar. Sekurang-kurangnya di pihak saya sebagai penulis, begitulah yang saya harapkan. Dan saya berharap para pembaca juga dapat menemukan sesuatu yang berharga hasil selaman ke Denai Cinta.
In syāa Allāh.. Amīn..
- denaicinta@dukkanmaya.com
Untuk Siapa
Pencinta kebenaran yang berani; yang sudah serik menggelintar dan masih gagal menemukan.
Tentang apa
Perjalanan jiwa yang seharusnya dilalui oleh setiap insan, namun sering dilalaikan demi mengejar dunia dan impian.
kenapa baca
Marilah sama-sama menetapkan niat di hati, tiap apa pun tindakan kita (termasuk membaca Denai Cinta), demi keredhaan Allah SWT yang Maha Penyayang.
KENAPA EBOOK?

capaian luas
Format buku digital memastikan faktor geografi dan mobiliti tidak menghalang para pembaca dari mendapatkan Denai Cinta.

cost effective
Kos percetakan, penghantaran, juga pembungkusan dapat dijimatkan apabila diterbitkan dalam bentuk Ebook.

mudah dibawa
Ebook boleh dimuat turun dan disimpan dalam mana-mana peranti seperti telefon pintar, tablet atau PC. Pembaca boleh aksesnya pada bila-bila masa mengikut keselesaan sendiri.
FAQ
Soalan yang kerap ditanya 🙂
adakah denai cinta dijual di pasaran ?
Ebook Denai Cinta boleh dibeli di laman Tijarah sebaik sahaja dilancarkan secara rasmi in syāa Allāh. Buat masa ini, kami tidak bercadang untuk memasuki pasaran kedai buku fizikal atau pasaran digital lain seperti Google Play Books, Amazon, E-Sentral dll.
adakah akan diterbitkan dalam bentuk fizikal ?
Untuk permulaan, kami memang fokus kepada Ebook dahulu. Meskipun terdapat kemungkinan akan diterbitkan dalam bentuk fizikal, ia tidak akan jadi perkara yang sama. Maksudnya, ada beberapa perbezaan dari sudut kandungan juga, in syāa Allāh.
Hidup adalah pencarian titik temu untuk menyeimbangkan perasaan yang sering melampaui batasan.
Denai Cinta mahu bicara tentang ini; bahawa konflik dan persoalan bukan untuk disenyapkan tanpa sebarang penjelasan, tetapi untuk didekati dengan huraian dan penerangan paling praktikal dan seimbang.
Dan untuk mencapai keseimbangan, kita memang harus hati-hati dan berjaga-jaga. Sebab silap langkah, kita akan tergelincir ke lubang kecenderungan yang gelap dan mengelabui pandangan.