
“Kalau awak balik pun, apa yang boleh awak buat? Awak bukan doktor atau jururawat.” Saya tersentak. “Tak ada kakak atau abang?” “Saya anak sulung,” saya menjawab. ” Tak boleh terus macam ini. Awak perlu belajar. Hujung minggu ialah masa untuk awak belajar, bukan ulang- alik balik ke kampung. Ayah macam mana? Suruh ayah carikan penjaga.”
Saya terkejut. Terdiam. Tak sangka, mendengar ayat-ayat ini dari beliau. Saya senyum tapi saya tekadkan dalam hati, saya tetap akan pulang ke kampung, sebagaimana rutin biasa. Peperiksaan pertengahan semester akan berjalan sebaik bermula hari minggu nanti dan saya mungkin tidak akan ada masa pun untuk belajar sebagaimana orang lain. Tapi, saya tetap akan pulang ke kampung.
Saya percaya Allah akan memberikan bantuan. Saya kuatkan hati yang hampir tewas oleh kata-kata seorang yang terhormat. Di celah-celah perjalanan panjang selama hampir 8 jam merentasi Lebuh Raya Karak, saya curi-curi mengintai nota bacaan.
Keputusan diumumkan. Alhamdulillah, saya mendapat keputusan yang baik; satu-satunya pelajar perempuan yang mendapat gred A. Pelajar lelaki pula ada 2 orang yang mencapai A.
Ini cuma cebisan kisah manusiawi. Untuk dijadikan iktibar, supaya anak muda jangan gadaikan perkara-perkara berharga dalam hidup demi peperiksaan. “Oh, saya tak boleh temankan ibu ke pasar sebab esok ada peperiksaan, ” sedangkan ibu sedang sakit kaki dan tak boleh memandu sendiri.
Sewaktu di sekolah menengah, saya pernah meluangkan malam peperiksaan dengan mengurut umi yang sedang lenguh kaki, sedangkan esok, ada kertas Matematik untuk diduduki. Alhamdulillah saya mendapat markah 100 bagi subjek Matematik. Ini bukan cerita keajaiban yang terjadi hanya kepada saya. Tetapi ini adalah perkara biasa yang boleh berlaku kepada semua orang yang percaya bahawa Allah itu ada, dan bantuan datang dari arah yang kadang-kadang tidak kita jangka.
Asal sahaja, kita bersedia untuk meletakkan penghargaan dalam hidup bukan hanya kepada keputusan peperiksaan. Saya tidak bangga mendapat keputusan yang cemerlang, tapi saya bersyukur sebab saya tidak mengorbankan perkara-perkara lain yang lebih utama dalam hidup demi sekeping sijil.
Gagal atau tidak dalam ujian yang digubal manusia bukan bermakna gagal untuk mencapai kebahagiaan. Nilai diri seorang insan tidak terletak pada keputusan peperiksaan. Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada orang lain.” Pesan baginda SAW lagi, “Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu ialah yang paling bertaqwa.”
Tidak ada sesiapa yang dapat mengukur ketaqwaan seseorang insan. Maka, siapa kita untuk mendefinisikan seorang tukang sapu sebagai manusia yang gagal, dan seorang doktor sebagai manusia yang berjaya?
Alangkah malang sekiranya mahasiswa terus terperangkap dalam sfera pemandulan yang diciptakan oleh sistem. Kata orang cerdik, “sistem sebenarnya tidak ada kuasa, cuma pengikut yang menurut dengan buta.”
Harus diingat, ini tidak bermaksud anak muda boleh wenang-wenang mengabaikan pelajaran. Belajar tetap merupakan satu kewajipan, apapun halangan yang datang. Cuma pelajaran tidak didapati hanya di sekolah atau universiti. Bagi yang sudah mendapat peluang berada di tempat ini, gunakanlah peluang yang ada sebaik mungkin. Siapa pun kita, biar jadi manusia berjasa, sekurang-kurangnya kepada keluarga, kalau tidak ada kapasiti untuk bicara soal nusa dan bangsa. Memetik kata-kata Malcolm X, “Pelajaran ialah passport kepada masa hadapan, kerana hari esok adalah milik mereka yang mempersiapkan diri hari ini.”
Saya masih seorang pelajar yang sedang bertatih dan akan tersadung di sana sini. Sudah pasti halangan dan cabaran sedang menanti. Penulisan ini tidak bermaksud saya sudah berjaya menguasai diri sendiri. Semoga Allah SWT memberi saya dan pembaca sekalian petunjuk untuk melalui jalan yang Dia redhai.
Amiin.


Can I email Kak madihah ?
Sure you can.
Anak perempuan makcik yg no, dua memang ditaqdirkan sehingga tg 5 duduk di rumah. Dari dia boleh menggosok baju maka dia akan gosok baju kerja makcik… dia anak yg rajin dan taat masya Allah. Sampai hari ini makcik rindukan dia. Dan sekarang dia berada di bumi Jordan di Univ Mu’tah. Baju2 kena gosok sendiri kerana penggosok baju sudah jauh di perantauan. Satu perkara makcik selalu berkata… tolong mama pasti Allah tolong kita, wp mlm2 exam tugas menggosoknya ttp rutin, mungkin berkat itulah membawa dia ke bumi Jordan yg sentiasa disebut2 di bibir mulut. Tolongilah ibu kamu wp dia sdh tiada didunia ini, tolong doakan dia….., amin,
cane nak emel kak madihah? kita sama2 org kelantan, sy asal dri pantai cahaya bulan, kb. c= sy sering tertanya2 di dlm diri, apakah perasaan kak madihah apabila mdp 20a, adakah semakin riak ataupun zuhud? bila membaca buku catatan hati nik nur madihah satu persoalan yg tercetus di dalam minda, bagaimanakah kak madihah masih lagi mampu mengekalkan sifat merendah diri walaupun menjadi sebutan ramai? bg saya, tak perlu pandang bagaimana kak madihah mendapat 20a tetapi pandanglah bagaimana kak madihah meneruskan kehidupan kebiasaan kak madihah kerana melalui rutin harian kita itulah yang membuahkan hasil segalanya. bagaimana kak menghiasi hidup kakak selama ini? hehehe maaf jika terkasar bahasa, c=