Ini adalah panduan pembacaan yang disediakan untuk membantu para pembaca mendapatkan hikmah yang sebenarnya cuba disampaikan lewat Noktah Terjahit.

Menyebak Noktah, Meraih Hikmah.

Sudah tentu setiap pembaca bebas menemukan apa sahaja yang mereka mahukan as the saying goes, “no two persons ever read the same book.”

Tetapi saya sering juga ditanya tentang bagaimana mahu melakukan refleksi dan bertanya soalan yang tepat bagi mendapatkan jawapan yang tepat?

Maka saya sediakan panduan ini untuk memberikan gambaran – bagaimana memanfaatkan pembacaan untuk diri kita sendiri? Membaca sebagai aktiviti proaktif yang menyuburkan pemikiran dan membebaskan dari perangkap dogmatik yang menjauhkan insan dari Ilahi.

Anda boleh memuat turun dokumen ini dan mencetaknya untuk kegunaan peribadi.

Semoga bermanfaat untuk dunia dan Akhirat, amiin..

Bagi yang belum membaca Noktah Terjahit, boleh dapatkan di laman web Tijarah: sini

Kemaskini : 24 Julai 2025