
Assalamualaikum wbt.
Apabila wafat anak Adam, terputuslah baginya semua perkara kecuali tiga hal: Amalan baik, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat.
Saya berkenalan dengan arwah sahabat baik yang saya anggap ibarat ibu saya sendiri ini sejak pulang ke Malaysia pada tahun 2013.
Kami diperkenalkan oleh rakan, dan kebetulan arwah juga merupakan alumni UIA Gombak. Banyak persamaan antara kami, begitu juga banyak perbezaan.
Setahun selepas pulang ke tanah air, (pada tahun 2014), bonda kandung saya meninggal dunia setelah lebih setahun bergelut dengan penyakit paru-paru kronik.
Arwah ibu lah yang mengambil alih tempat umi dalam hidup saya. Berada di sisi dengan penuh sabar dan mendidik dengan penuh cinta.
Jarak umur yang besar antara kami (13 tahun) memberikan saya banyak kelebihan. Bayangkan 13 tahun beza pengalaman yang telah arwah lalui, ditumpahkan kepada saya.
Terlalu banyak jika mahu saya senaraikan di sini.
Pada penghujung September 2022, arwah pula mengambil giliran kembali ke pangkuan Ilahi.
Hanya Tuhan yang tahu bagaimana sukarnya saya menghadapi tempoh berkenaan. Sembilan tahun persahabatan kami bersulam air mata, ketawa, duka, lara, harapan.. segalanya. Setiap pekerjaan kami dilakukan bersama-sama.
Saya mengambil masa untuk sembuh.
Kini, memasuki tahun ketiga selepas perpisahan berkenaan, saya menoleh semula dan mengenang bagaimana Allah SWT tidak pernah meninggalkan hamba-Nya. Saya sudah pun bertemu jodoh, seseorang yang kini telah mengisi tempat yang tinggi di jiwa seorang perempuan. Segala puji bagi-Nya.
Namun, saya tidak mahu ‘kesibukan’ saya menyelesaikan tugasan-tugasan mendatang, membuat saya lupa terhadap pelajaran-pelajaran berharga yang sudah saya dapatkan dari arwah ibu.
Maka, saya bukukan dalam bentuk digital. Secara ringkas. Untuk ingatan diri sendiri, pertamanya.
10 hal paling penting yang saya cepat-cepat jot down sebaik sahaja arwah meninggal.
Dan pada tanggal 19 Ramadhan 1446Hijri ini, saya lancarkan untuk dikongsi kepada rakan-rakan yang lain juga. Jemput kongsi dan panjang-panjangkan juga. Boleh spread around ya.
Semoga bermanfaat untuk dunia dan Akhirat kita bersama, amiin..
Jemput muat turun dan kongsi dengan circle anda juga, moga pahalanya mengalir tanpa henti.