Showing: 11 - 20 of 94 RESULTS
Nota Hidup

Tentang Persahabatan

Tentang persahabatan dan sesuatu yang terlontar di luar duga.

Hidup ini aneh, bukan?

Kadang, kita bertanya soal-soal remeh, kepada seseorang yang tidak kenal letih.
Soalan seperti, “Kenapa langit itu biru?” atau, “Kenapa manusia tidak bisa terbang di udara persis cenderawasih?”…

Karya Fiksi

Surat Untuk Perempuan (11)

Assalamualaikum wbt,

Ke hadapan adinda yang sedang lelah menjaga karunia; nyawa suci yang Tuhan anugerahkan kepadamu, moga mekar dan lahir ke dunia dengan sejahtera.

Alhamdulillah, aku telah tiba ke bumi barakah yang sekian lama dirindui. Perjalanan panjang yang ditemani pelbagai …

Karya Fiksi

Surat Untuk Perempuan (10)

Assalamualaikum wbt,

Salam mahabbah bersulam sakinah buat adinda dan seluruh penyejuk hati di kampung halaman. Apa khabar dinda? Kudoakan segalanya baik-baik sahaja.

Aku menghantar berita dari negeri jiran, tidak jauh, tidak juga dekat. Hendakku pulang tidaklah kesampaian langkah kaki, tetapi …

Renungan

Perihal Menulis

Pertama, saya bukanlah orang yang terbaik untuk mengulas tentang hal ini. Tetapi memandangkan saya ditanya pendapat beberapa kali tentang perkara yang satu ini, saya kira mungkin ada baiknya saya curahkan beberapa sudut pandang untuk dikongsi bersama.

Kedua, menulis ialah salah …

Karya Fiksi

Nai-Cin

1-

“Kau tahu, aku manusia penyimpan. Manusia penyimpan persis aku, kami ada sesuatu yang kami pegang. Erat-erat. Dan sesuatu itu beri kami kekuatan untuk terus ke depan. “

Kesunyian malam memenuhi suasana. Terasa bayu angkasa berpuput lembut. Kejora berkelipan, bergantungan …

Karya Fiksi

Surat Untuk Perempuan (9)

Assalamualaikum wbt,

Salam kerinduan sesetia bintang di dada malam, buat adinda yang sedang menikmati keindahan Laut Cina Selatan. Hati-hati adinda, ombak dua tiga musim ini garang-garang, membadai tanpa amaran.

Bagaimana keadaanmu di samping nakhoda yang baru dilantik dua tiga purnama …